Saturday, January 31, 2009

Membuang Navigation Bar Blogger

Dalam post kali ini, saya akan berkongsi cara-cara untuk membuang 'Nav Bar' yang terdapat pada bahagian atas template blogger. Sesetengah blogger tidak menyukai 'Nav Bar' ini kerana disinilah terdapatnya butang 'Flag' dimana sesiapa yang ingin mengkhianati tuan punya blog, boleh melakukannya melalui butang ini, malah saya sendiri pernah terkena pada bulan disember 2008 yang lalu pada salah satu blog saya. Sesetengah blogger pula tidak menyukainya kerana menganggap ia menyemak atau tidak mahu blog mereka kelihatan seperti blog yang lain.

Namun terdapat juga blogger yang suka menyimpan bar ini kerana mudah untuk memasuki 'dashboard' ketika mengemaskini blog atau jika ingin melakukan blog search. Butang 'sign out' juga senang diklik jikalau menggunakan komputer yang akan digunakan oleh orang lain dan tak perlulah ke bahagian akaun untuk melakukan 'sign out'.

Bagi mereka yang ingin membuang 'Nav Bar' blognya, cara-caranya adalah seperti dibawah:

- Mula-mula, pergi ke bahagian Layout, Edit html.

- Lepas itu, letakkan kod:
 
#navbar-iframe {
display: none !important;
}


di bawah kod ini:

------------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Minima
Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 26 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
------------------------------------------------ */


Hasilnya akan kelihatan seperti ini:

 
------------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Minima
Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 26 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
------------------------------------------------ */

#navbar-iframe {
display: none !important;
}


/* Variable definitions
====================


Selepas itu, 'save'kan dan cuba tengok bar tu dah hilang ke belum.

Kalau anda nak letakkan bar tu balik, anda hanya perlu memadamkan kod tadi.

Friday, January 30, 2009

Mendapatkan Pendapatan Dari Blog Anda

Kepada blogger yang sudah ada blog, blognya dah 'power' dan 'visitor'nya dah banyak, ketahuilah bahawa anda boleh menjana pendapatan dari blog anda. Blog dibina atas banyak sebab, ada yang bina blog kerana ingin memenuhi masa lapang, ada yang ingin mencari publisiti, terdapat mereka yang blogging sebagai hobi, mengembangkan bisnes, dan sebagainya. Walau apapun tujuan anda membina blog, anda boleh menjadikan blog itu sebagai bisnes, ataupun sebagai suatu pekerjaan dimana anda boleh mendapat wang atau gaji daripadanya. Yang penting, blog anda mestilah mempunyai isi yang baik atau keyword yang sesuai dan mempunyai ranking yang baik atau mendapat banyak visitor baru setiap hari.

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan duit dari blog anda tetapi teknik yang paling banyak digunakan adalah dengan meletakkan iklan di blog anda. Iklan-iklan yang saya maksudkan adalah seperti mendaftar dengan Google Adsense, Nuffnang, Adbrite dan sebagainya. Untuk Adsense dan Adbrite, biasanya mereka mengutamakan blog yang berbahasa English. Namun jika blog anda dalam bahasa Melayu, maka anda boleh menggunakan NuffNang atau lain-lain ejen pengiklanan yang support Bahasa Malaysia.
Selain iklan-iklan dari ejen pengiklanan tersebut, anda juga boleh menjadi ejen pengiklanan sendiri. Ini boleh dilaksanakan dengan mencari syarikat atau laman lain yang berminat untuk meletakkan iklan di laman anda. Ini boleh dilakukan dengan teknik 'customer approach' atau anda boleh secara simple meletakkan iklan di blog anda seperti 'Iklanlah di sini' dan tunggu.

Selain itu, blog anda boleh anda jadikan sebagai 'online business' untuk produk-produk yang berkemungkinan akan dibeli oleh pelawat blog anda. Sebagai contoh, jika blog anda adalah mengenai musik, maka anda boleh menjadi ejen kepada syarikat penjual CD dengan menjual CD musik di blog anda. Anda hanya perlu tetapkan harga, teknik pembelian, cara bayaran dan bagaimana anda akan menghantar produk tersebut. Selain itu, anda juga boleh menjual lain-lain produk yang berkaitan dengan blog anda seperti buku, baju dan sebagainya.

Teknik seterusnya adalah dengan menjadi 'referer' kepada online business lain. Menjadi referer kepada suatu syarikat bermaksud anda akan menjadi wakil kepada syarikat tersebut untuk mencari pelanggan dan anda akan dibayar secara komisen mengikut berapa banyak pelanggan yang anda dapat. Terdapat banyak online business yang mencari referer secara percuma. Contoh-contohnya adalah seperti ebay, amazon, syarikat-syarikat webhosting dan sebagainya. Apabila anda mendaftar menjadi referer, anda akan diberi satu url untuk dipromosikan di laman anda. Gaji anda akan dikira mengikut kuantiti pelanggan yang membeli di laman syarikat tadi melalui url referer anda.

Selain itu, anda juga boleh menyertai program MLM yang beroperasi secara online. Biasanya program MLM seperti ini akan memberi anda url tersendiri untuk dipromosikan dan sesiapa yang menyertai program itu melalui url yang telah diberi kepada anda, maka peserta tersebut akan dikira sebagai downline anda. Namun cara ini hanya berkesan jika pelawat yang datang ke laman anda berasal daripada tempat beroperasinya prgram MLM tadi. Jika anda memilih teknik ini, pastikan anda periksa dahulu latar belakang Syarikat MLM yang ingin disertai sebelum anda mempromosikannya dan pastikan ia tidak menipu peserta.

Terdapat banyak lagi cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan pendapatan dari blog anda selain cara-cara di atas. Saya tidak mahu memberitahu dengan panjang lebar dan menyerahkannya kepada anda untuk membuat kajian jika anda berminat. Anda juga boleh melawati salah satu blog saya http://internetbenefit.blogspot.com untuk panduan.

Thursday, January 29, 2009

Kod 'Bookmark'


'Bookmark' atau dalam Bahasa Melayu 'tanda' adalah suatu fungsi agar pelawat laman anda boleh menanda blog anda di 'browser' mereka supaya senang mereka hendak melayari blog anda lagi nanti. Apabila blog anda di 'bookmark', maka nama blog serta URL blog anda akan disimpan dibahagian 'Favorites' pada browser anda. Jikalau pelawat blog anda ingin pergi semula ke blog anda, mereka tidak perlu mengingati URL anda tetapi hanya perlu mencarinya di bahagian 'Favorites'.


Gambar di atas adalah contoh apabila blog BlogGimana di'bookmark', nama dan URL bloggimana.blogspot.com akan disimpan di bahagian 'Favorites'.

Untuk meletakkan function ini di laman anda, kod 'javascript' perlu digunakan. Kod tersebut adalah:

<script type="text/javascript">
<!--
function bookmark(url, sitename)
{
ns="Pengguna Netscape dan FireFox, sila tekan CTRL+D untuk 'bookmark' laman ini.";
if ((navigator.appName=='Microsoft Internet Explorer') &&
(parseInt(navigator.appVersion)>=4))
{
window.external.AddFavorite(url, sitename);
}
else if (navigator.appName=='Netscape')
{
alert(ns);
}
}
//-->
</script>

<a href="javascript:bookmark('http://URLbloganda.blogspot.com/','NamaBlogAnda');">Bookmark</a>


Letakkan kod ini di mana anda mahu link 'Bookmark' dipamerkan, tempat yang paling sesuai adalah dalam 'widget @ gadget' HTML, tetapi anda boleh meletakkannya pada mana-mana bahagian asalkan bahagian itu support html atau javascript. Contoh untuk blog ini ada terdapat di bahagian Menu, cuba klik 'Bookmark' di bahagian kanan atas untuk melihat contoh hasil kod ini.

Tutorial Blogging

Here are tutorials available in this blog :
Berikut adalah tutorial-tutorial yang boleh didapati dalam blog ini :

1. How to create blog with Blogger 
    (Cara-cara membina blog dengan Blogger)

2. Getting rid the 'Newer Post, Home, Older Post' link. 
    (Cara membuang link Newer Post, Home, Older Post)

3. How to get rid the 'Subscribe To: Post(Atom)' link.
    (Cara membuang link Subscribe To: Post(Atom)

4. Getting rid the 'Navigation bar'.
    (Membuang Navigation Bar)

5. Text Background Color.  
    (Membuat Warna Latar Teks)

6. Changing Scroll Bar Color.  
    (Menukar Warna Scroll Bar)

7. Changing Background Color.  
    (Menukar Warna Latar)

8. Background Image.  
    (Cara Meletakkan Gambar Latar)

HTML Codes / Kod-kod HTML

Below are html codes available for use in this blog :
Berikut adalah kod-kod html yang boleh anda dapati dari blog ini :

1. Placing a 'Text Area' 
    (Kod Meletakkan 'Text Area')

2. Basic HTML Codes
    (Kod-kod HTML Asas)

3. Bookmark Code
    (Kod Bookmark)

4. Text Background Color Code
    (Kod Membuat Warna Latar Teks)

5. Code to Change Scroll Bar Color
    (Kod Untuk Menukar Warna Scroll Bar)