Scroll bar ni, kalau anda tak tahu, adalah benda yang memanjang yang terdapat kat tepi atau bawah browser anda.
Kalau biasa, warna scroll bar explorer adalah biru dan putih seperti gambar di atas. Namun, anda boleh menukarnya jika anda mahu seperti warna scroll bar blog ini(Hanya berkesan untuk pengguna Internet Explorer).
Untuk menukar warna scroll bar anda, pergi ke bahagian edit html dan letakkan kod:
<!--[if IE]>
<style type="text/css">
html {
scrollbar-arrow-color:#11593C;
scrollbar-track-color:#E7FFC7;
scrollbar-face-color:#2D8930;
scrollbar-highlight-color:#CAF99B;
scrollbar-3dlight-color:#333333;
scrollbar-darkshadow-color:#473624;
scrollbar-shadow-color:#BFB186;
}
</style>
<![endif]-->
di bawah seksyen:
<head>
Untuk menukar warna-warna pada scroll bar seperti kemahuan anda, ubahkan kod-kod warna dalam kod di atas(#123456), dan untuk mendapatkan kod-kod warna ini, anda boleh merujuk kod warna yang boleh didapati pada bahagian 'Layout : Font & Colors', atau pada software-sofware yang ada menunjukkan kod warna seperti MS Frontpage, Flash MX dan sebagainya.
1 comment:
bakal programmer ni. hehe! saya ramai member student DCS (dip. in comp. science)
semua pandai2 belaka =)
Post a Comment