Tuesday, January 13, 2009

Definisi Istilah Tertentu

Keyword Kata kunci yang mewakili blog atau laman web. Contoh 'keyword' untuk blog ini adalah cara-cara buat blog, blog tips and tricks, blog guides, panduan blog, dan sebagainya. Kepentingan 'keyword' - Melambangkan apa isi kandungan blog anda secara keseluruhan; Mempengaruhi bilangan pelawat yang akan datang ke blog anda, 'keyword' yang terkenal selalumya lebih mudah untuk mendapat pelawat; Digunakan oleh enjin carian untuk memaparkan blog pada keputusan carian yang berkaitan dengan kata kunci anda.

Traffic Pelawat-pelawat atau pengguna-pengguna internet.

Meta Element Kod yang diletakkan di laman web untuk mewakili laman web tersebut pada enjin carian

Search Engine Program yang menyimpan data-data dari laman-laman web di seluruh dunia atau satu kawasan tertentu. Ia berfungsi untuk memudahkan pencarian data atau pencarian laman web yang terdapat dalam simpanannya. Contoh enjin carian yang terkenal ialah Google yang menyimpan data-data laman web dari seluruh pelusuk dunia dalam hampir semua bahasa.

Back Link Secara asas, 'Back link' adalah URL sesuatu laman web yang terdapat pada laman web yang lain, atau laman lain yang menuju ke laman yang lain. Contoh, jika nama laman anda ialah www.abc.com dan di laman xyz.com ada memaparkan laman anda, maka laman anda mempunyai 'back link' di laman xyz.com. Back link amat penting untuk tujuan 'ranking' di search engine, semakin banyak 'back link' anda, semakin tinggi posisi laman anda bila ditunjukkan pada keputusan enjin carian. Ini juga bergantung kepada kualiti laman web letaknya 'back link' anda itu.

Ranking Kedudukan atau pangkat sesuatu laman pada pandangan enjin carian di kalangan laman-laman lain yang mempunyai 'keyword' yang serupa. Ranking selalunya bergantung pada dua perkara - jumlah + kualiti 'back link', dan 'content' laman tersebut.

Content Isi-isi yang terkandung dalam sesuatu laman web. Ia boleh berupa perkataan, artikel, gambar, musik, video dan lain-lain. Sesetengah pakar internet berpendapat 'Content is king', yang bermaksud, 'ranking' sesuatu laman web lebih banyak bergantung pada kekuatan isi-isinya.

SEO - Search Engine Optimization Mengoptimumkan enjin carian; Ini bermaksud mengoptimumkan sesuatu laman selari dengan kehendak enjin carian atau membina laman yang sangat bagus sekali dari segala aspek-aspek yang digunakan oleh enjin carian untuk mengukur tahap laman tersebut.

Browser Program yang digunakan untuk mengakses laman web. Contoh browser - Internet Explorer, Firefox dan sebagainya.

Spam Menyalahgunakan kemudahan yang terdapat di internet untuk tujuan tertentu dengan berulang-ulang kali atau dengan kandungan yang langsung tidak memanfaatkan orang lain.

No comments: