Sunday, February 1, 2009

Membuat Warna Latar Untuk Teks

Dalam tutorial kali ini, saya ingin berkongsi cara-cara untuk membuat warna latar untuk teks. Dalam English, ia lebih dikenali dengan text background color. Kotak yang saya maksudkan ini serupa juga dengan membuat 'textbox' seperti yang saya tunjukkan dalam tutorial Cara Meletakkan Text Area. Cuma bezanya 'text area' itu mempunyai 'scroll bar' dan lebarnya ditetapkan dalam kod html yang digunakan. Kod yang akan tunjukkan ini pula akan menggunakan keseluruhan lebar kawasan teks(text area).

Contoh untuk warna latar ini terdapat dalam tutorial saya sebelum ini iaitu Membuang Navigation Bar yang kelihatan seperti berikut:

Teks dengan warna latar

Apa kegunaan warna latar ini??
--> Untuk meng'highlight' sesuatu teks
--> Untuk mempelbagaikan warna dan sebagainya.

Kod yang diperlukan untuk membuat warna latar ini adalah seperti berikut:


<pre style="background:#666666; border: 1px solid #000;
padding: 10px; margin-right:40px">

Teks anda di sini.

</pre>


Anda boleh meletakkan kod ini di dalam post, widget side bar atau footer.
Untuk mengubah warna - ubahkan kod warna #666666 dan saiz sempadan - ubahkan 1px. Padding dan margin juga dapat diubah dengan mengubah nombornya.

Selain cara di atas, anda juga boleh menggunakan teknik 'Highlight' yang boleh didapati dalam post saya yang lalu di Kod-kod Html Asas Untuk Blog Anda.

Bantulah BlogGimana dengan memasang link ke BlogGimana dengan kod seperti di "Link Ke Sini". Selain itu, jadilah sahabat BlogGimana dan ikuti blog ini.

No comments: