Kepada blogger yang sudah ada blog, blognya dah 'power' dan 'visitor'nya dah banyak, ketahuilah bahawa anda boleh menjana pendapatan dari blog anda. Blog dibina atas banyak sebab, ada yang bina blog kerana ingin memenuhi masa lapang, ada yang ingin mencari publisiti, terdapat mereka yang blogging sebagai hobi, mengembangkan bisnes, dan sebagainya. Walau apapun tujuan anda membina blog, anda boleh menjadikan blog itu sebagai bisnes, ataupun sebagai suatu pekerjaan dimana anda boleh mendapat wang atau gaji daripadanya. Yang penting, blog anda mestilah mempunyai isi yang baik atau keyword yang sesuai dan mempunyai ranking yang baik atau mendapat banyak visitor baru setiap hari.
Terdapat banyak cara untuk mendapatkan duit dari blog anda tetapi teknik yang paling banyak digunakan adalah dengan meletakkan iklan di blog anda. Iklan-iklan yang saya maksudkan adalah seperti mendaftar dengan Google Adsense, Nuffnang, Adbrite dan sebagainya. Untuk Adsense dan Adbrite, biasanya mereka mengutamakan blog yang berbahasa English. Namun jika blog anda dalam bahasa Melayu, maka anda boleh menggunakan NuffNang atau lain-lain ejen pengiklanan yang support Bahasa Malaysia.
Selain iklan-iklan dari ejen pengiklanan tersebut, anda juga boleh menjadi ejen pengiklanan sendiri. Ini boleh dilaksanakan dengan mencari syarikat atau laman lain yang berminat untuk meletakkan iklan di laman anda. Ini boleh dilakukan dengan teknik 'customer approach' atau anda boleh secara simple meletakkan iklan di blog anda seperti 'Iklanlah di sini' dan tunggu.
Selain itu, blog anda boleh anda jadikan sebagai 'online business' untuk produk-produk yang berkemungkinan akan dibeli oleh pelawat blog anda. Sebagai contoh, jika blog anda adalah mengenai musik, maka anda boleh menjadi ejen kepada syarikat penjual CD dengan menjual CD musik di blog anda. Anda hanya perlu tetapkan harga, teknik pembelian, cara bayaran dan bagaimana anda akan menghantar produk tersebut. Selain itu, anda juga boleh menjual lain-lain produk yang berkaitan dengan blog anda seperti buku, baju dan sebagainya.
Teknik seterusnya adalah dengan menjadi 'referer' kepada online business lain. Menjadi referer kepada suatu syarikat bermaksud anda akan menjadi wakil kepada syarikat tersebut untuk mencari pelanggan dan anda akan dibayar secara komisen mengikut berapa banyak pelanggan yang anda dapat. Terdapat banyak online business yang mencari referer secara percuma. Contoh-contohnya adalah seperti ebay, amazon, syarikat-syarikat webhosting dan sebagainya. Apabila anda mendaftar menjadi referer, anda akan diberi satu url untuk dipromosikan di laman anda. Gaji anda akan dikira mengikut kuantiti pelanggan yang membeli di laman syarikat tadi melalui url referer anda.
Selain itu, anda juga boleh menyertai program MLM yang beroperasi secara online. Biasanya program MLM seperti ini akan memberi anda url tersendiri untuk dipromosikan dan sesiapa yang menyertai program itu melalui url yang telah diberi kepada anda, maka peserta tersebut akan dikira sebagai downline anda. Namun cara ini hanya berkesan jika pelawat yang datang ke laman anda berasal daripada tempat beroperasinya prgram MLM tadi. Jika anda memilih teknik ini, pastikan anda periksa dahulu latar belakang Syarikat MLM yang ingin disertai sebelum anda mempromosikannya dan pastikan ia tidak menipu peserta.
Terdapat banyak lagi cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan pendapatan dari blog anda selain cara-cara di atas. Saya tidak mahu memberitahu dengan panjang lebar dan menyerahkannya kepada anda untuk membuat kajian jika anda berminat. Anda juga boleh melawati salah satu blog saya http://internetbenefit.blogspot.com untuk panduan.
No comments:
Post a Comment