Sunday, January 25, 2009

Cara Meletakkan 'Text Area'

Dalam catatan kali ini, saya ingin berkongsi cara untuk membuat 'Text Area' atau dalam bahasa Melayunya kawasan huruf. Teknik yang akan saya gunakan berkesan dengan Blogger, namun saya tidak pasti keberkesanannya dalam 'platform' blog lain.

Contoh 'text area' dan 'border' yang saya maksudkan adalah seperti berikut:





Kod yang digunakan untuk membuat kotak seperti di atas adalah:

<textarea rows="3" cols="17" style="FONT-SIZE: 8pt; COLOR: black; FONT-FAMILY: verdana; BACKGROUND-COLOR: #ffffcc; bordercolor: black">Kotak ini biasanya digunakan untuk meletakkan kod-kod html kerana kod html tidak akan muncul jika diletakkan di dalam 'Post' atau 'Widget', selain menjimatkan ruang blog.</textarea>


Keterangan untuk kod-kod tersebut adalah seperti berikut:

<textarea rows="3" |Untuk mentukan tinggi kotak.| cols="17" |Untuk menentukan lebar kotak.| style="FONT-SIZE: 8pt; |Saiz Font.| COLOR: black;|Warna Font.| FONT-FAMILY: verdana; |Jenis font.| BACKGROUND-COLOR: #ffffcc; |Warna latar.| bordercolor: black"> |Warna sempadan.|


Jika anda masih belum biasa dengan kod ini, saya cadangkan anda eksperimenkan dulu dalam 'blog eksperimen' dan bukannya dalam blog sebenar anda.

Saya harap catatan ini berguna buat anda. Jika anda sudi membantu blog ini, letakkan link http://bloggimana.blogspot.com di blog anda atau dengan menggunakan butang BlogGimana.

Sudi-sudilah tinggalkan komen anda di bawah.

1 comment:

ULTRAMAN said...

hehehe...kamek da link ktk..besh2 blog tok..^_^