Saturday, January 31, 2009

Membuang Navigation Bar Blogger

Dalam post kali ini, saya akan berkongsi cara-cara untuk membuang 'Nav Bar' yang terdapat pada bahagian atas template blogger. Sesetengah blogger tidak menyukai 'Nav Bar' ini kerana disinilah terdapatnya butang 'Flag' dimana sesiapa yang ingin mengkhianati tuan punya blog, boleh melakukannya melalui butang ini, malah saya sendiri pernah terkena pada bulan disember 2008 yang lalu pada salah satu blog saya. Sesetengah blogger pula tidak menyukainya kerana menganggap ia menyemak atau tidak mahu blog mereka kelihatan seperti blog yang lain.

Namun terdapat juga blogger yang suka menyimpan bar ini kerana mudah untuk memasuki 'dashboard' ketika mengemaskini blog atau jika ingin melakukan blog search. Butang 'sign out' juga senang diklik jikalau menggunakan komputer yang akan digunakan oleh orang lain dan tak perlulah ke bahagian akaun untuk melakukan 'sign out'.

Bagi mereka yang ingin membuang 'Nav Bar' blognya, cara-caranya adalah seperti dibawah:

- Mula-mula, pergi ke bahagian Layout, Edit html.

- Lepas itu, letakkan kod:
 
#navbar-iframe {
display: none !important;
}


di bawah kod ini:

------------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Minima
Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 26 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
------------------------------------------------ */


Hasilnya akan kelihatan seperti ini:

 
------------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Minima
Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 26 Feb 2004
Updated by: Blogger Team
------------------------------------------------ */

#navbar-iframe {
display: none !important;
}


/* Variable definitions
====================


Selepas itu, 'save'kan dan cuba tengok bar tu dah hilang ke belum.

Kalau anda nak letakkan bar tu balik, anda hanya perlu memadamkan kod tadi.

Friday, January 30, 2009

Mendapatkan Pendapatan Dari Blog Anda

Kepada blogger yang sudah ada blog, blognya dah 'power' dan 'visitor'nya dah banyak, ketahuilah bahawa anda boleh menjana pendapatan dari blog anda. Blog dibina atas banyak sebab, ada yang bina blog kerana ingin memenuhi masa lapang, ada yang ingin mencari publisiti, terdapat mereka yang blogging sebagai hobi, mengembangkan bisnes, dan sebagainya. Walau apapun tujuan anda membina blog, anda boleh menjadikan blog itu sebagai bisnes, ataupun sebagai suatu pekerjaan dimana anda boleh mendapat wang atau gaji daripadanya. Yang penting, blog anda mestilah mempunyai isi yang baik atau keyword yang sesuai dan mempunyai ranking yang baik atau mendapat banyak visitor baru setiap hari.

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan duit dari blog anda tetapi teknik yang paling banyak digunakan adalah dengan meletakkan iklan di blog anda. Iklan-iklan yang saya maksudkan adalah seperti mendaftar dengan Google Adsense, Nuffnang, Adbrite dan sebagainya. Untuk Adsense dan Adbrite, biasanya mereka mengutamakan blog yang berbahasa English. Namun jika blog anda dalam bahasa Melayu, maka anda boleh menggunakan NuffNang atau lain-lain ejen pengiklanan yang support Bahasa Malaysia.
Selain iklan-iklan dari ejen pengiklanan tersebut, anda juga boleh menjadi ejen pengiklanan sendiri. Ini boleh dilaksanakan dengan mencari syarikat atau laman lain yang berminat untuk meletakkan iklan di laman anda. Ini boleh dilakukan dengan teknik 'customer approach' atau anda boleh secara simple meletakkan iklan di blog anda seperti 'Iklanlah di sini' dan tunggu.

Selain itu, blog anda boleh anda jadikan sebagai 'online business' untuk produk-produk yang berkemungkinan akan dibeli oleh pelawat blog anda. Sebagai contoh, jika blog anda adalah mengenai musik, maka anda boleh menjadi ejen kepada syarikat penjual CD dengan menjual CD musik di blog anda. Anda hanya perlu tetapkan harga, teknik pembelian, cara bayaran dan bagaimana anda akan menghantar produk tersebut. Selain itu, anda juga boleh menjual lain-lain produk yang berkaitan dengan blog anda seperti buku, baju dan sebagainya.

Teknik seterusnya adalah dengan menjadi 'referer' kepada online business lain. Menjadi referer kepada suatu syarikat bermaksud anda akan menjadi wakil kepada syarikat tersebut untuk mencari pelanggan dan anda akan dibayar secara komisen mengikut berapa banyak pelanggan yang anda dapat. Terdapat banyak online business yang mencari referer secara percuma. Contoh-contohnya adalah seperti ebay, amazon, syarikat-syarikat webhosting dan sebagainya. Apabila anda mendaftar menjadi referer, anda akan diberi satu url untuk dipromosikan di laman anda. Gaji anda akan dikira mengikut kuantiti pelanggan yang membeli di laman syarikat tadi melalui url referer anda.

Selain itu, anda juga boleh menyertai program MLM yang beroperasi secara online. Biasanya program MLM seperti ini akan memberi anda url tersendiri untuk dipromosikan dan sesiapa yang menyertai program itu melalui url yang telah diberi kepada anda, maka peserta tersebut akan dikira sebagai downline anda. Namun cara ini hanya berkesan jika pelawat yang datang ke laman anda berasal daripada tempat beroperasinya prgram MLM tadi. Jika anda memilih teknik ini, pastikan anda periksa dahulu latar belakang Syarikat MLM yang ingin disertai sebelum anda mempromosikannya dan pastikan ia tidak menipu peserta.

Terdapat banyak lagi cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan pendapatan dari blog anda selain cara-cara di atas. Saya tidak mahu memberitahu dengan panjang lebar dan menyerahkannya kepada anda untuk membuat kajian jika anda berminat. Anda juga boleh melawati salah satu blog saya http://internetbenefit.blogspot.com untuk panduan.

Thursday, January 29, 2009

Kod 'Bookmark'


'Bookmark' atau dalam Bahasa Melayu 'tanda' adalah suatu fungsi agar pelawat laman anda boleh menanda blog anda di 'browser' mereka supaya senang mereka hendak melayari blog anda lagi nanti. Apabila blog anda di 'bookmark', maka nama blog serta URL blog anda akan disimpan dibahagian 'Favorites' pada browser anda. Jikalau pelawat blog anda ingin pergi semula ke blog anda, mereka tidak perlu mengingati URL anda tetapi hanya perlu mencarinya di bahagian 'Favorites'.


Gambar di atas adalah contoh apabila blog BlogGimana di'bookmark', nama dan URL bloggimana.blogspot.com akan disimpan di bahagian 'Favorites'.

Untuk meletakkan function ini di laman anda, kod 'javascript' perlu digunakan. Kod tersebut adalah:

<script type="text/javascript">
<!--
function bookmark(url, sitename)
{
ns="Pengguna Netscape dan FireFox, sila tekan CTRL+D untuk 'bookmark' laman ini.";
if ((navigator.appName=='Microsoft Internet Explorer') &&
(parseInt(navigator.appVersion)>=4))
{
window.external.AddFavorite(url, sitename);
}
else if (navigator.appName=='Netscape')
{
alert(ns);
}
}
//-->
</script>

<a href="javascript:bookmark('http://URLbloganda.blogspot.com/','NamaBlogAnda');">Bookmark</a>


Letakkan kod ini di mana anda mahu link 'Bookmark' dipamerkan, tempat yang paling sesuai adalah dalam 'widget @ gadget' HTML, tetapi anda boleh meletakkannya pada mana-mana bahagian asalkan bahagian itu support html atau javascript. Contoh untuk blog ini ada terdapat di bahagian Menu, cuba klik 'Bookmark' di bahagian kanan atas untuk melihat contoh hasil kod ini.

Tutorial Blogging

Here are tutorials available in this blog :
Berikut adalah tutorial-tutorial yang boleh didapati dalam blog ini :

1. How to create blog with Blogger 
    (Cara-cara membina blog dengan Blogger)

2. Getting rid the 'Newer Post, Home, Older Post' link. 
    (Cara membuang link Newer Post, Home, Older Post)

3. How to get rid the 'Subscribe To: Post(Atom)' link.
    (Cara membuang link Subscribe To: Post(Atom)

4. Getting rid the 'Navigation bar'.
    (Membuang Navigation Bar)

5. Text Background Color.  
    (Membuat Warna Latar Teks)

6. Changing Scroll Bar Color.  
    (Menukar Warna Scroll Bar)

7. Changing Background Color.  
    (Menukar Warna Latar)

8. Background Image.  
    (Cara Meletakkan Gambar Latar)

HTML Codes / Kod-kod HTML

Below are html codes available for use in this blog :
Berikut adalah kod-kod html yang boleh anda dapati dari blog ini :

1. Placing a 'Text Area' 
    (Kod Meletakkan 'Text Area')

2. Basic HTML Codes
    (Kod-kod HTML Asas)

3. Bookmark Code
    (Kod Bookmark)

4. Text Background Color Code
    (Kod Membuat Warna Latar Teks)

5. Code to Change Scroll Bar Color
    (Kod Untuk Menukar Warna Scroll Bar)

Tuesday, January 27, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat datang ke laman BlogGimana. Laman ini adalah berkenaan dengan cara-cara, kaedah, dan panduan untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi blogger. Oleh kerana blog ini masih baru, maka belum banyak catatan yang boleh ditemui namun anda sudah boleh mencari cara-cara untuk menjadi blogger disamping kod-kod html asas yang biasa digunakan blogger. Sila cari isi-isi blog ini di menu 'Panduan blogger'. Saya berharap isi-isi di dalam blog ini boleh membantu anda dalam pembinaan blog anda.

Hubungi BlogGimana - Mesej Diterima

Mesej yang anda hantar telah diterima dan dalam proses untuk dinilai oleh admin. Saya amat menghargai maklum balas anda dan akan cuba sedaya upaya untuk menilai mesej anda sebaik dan secepat mungkin. Terima kasih.

























Sunday, January 25, 2009

Cara Meletakkan 'Text Area'

Dalam catatan kali ini, saya ingin berkongsi cara untuk membuat 'Text Area' atau dalam bahasa Melayunya kawasan huruf. Teknik yang akan saya gunakan berkesan dengan Blogger, namun saya tidak pasti keberkesanannya dalam 'platform' blog lain.

Contoh 'text area' dan 'border' yang saya maksudkan adalah seperti berikut:





Kod yang digunakan untuk membuat kotak seperti di atas adalah:

<textarea rows="3" cols="17" style="FONT-SIZE: 8pt; COLOR: black; FONT-FAMILY: verdana; BACKGROUND-COLOR: #ffffcc; bordercolor: black">Kotak ini biasanya digunakan untuk meletakkan kod-kod html kerana kod html tidak akan muncul jika diletakkan di dalam 'Post' atau 'Widget', selain menjimatkan ruang blog.</textarea>


Keterangan untuk kod-kod tersebut adalah seperti berikut:

<textarea rows="3" |Untuk mentukan tinggi kotak.| cols="17" |Untuk menentukan lebar kotak.| style="FONT-SIZE: 8pt; |Saiz Font.| COLOR: black;|Warna Font.| FONT-FAMILY: verdana; |Jenis font.| BACKGROUND-COLOR: #ffffcc; |Warna latar.| bordercolor: black"> |Warna sempadan.|


Jika anda masih belum biasa dengan kod ini, saya cadangkan anda eksperimenkan dulu dalam 'blog eksperimen' dan bukannya dalam blog sebenar anda.

Saya harap catatan ini berguna buat anda. Jika anda sudi membantu blog ini, letakkan link http://bloggimana.blogspot.com di blog anda atau dengan menggunakan butang BlogGimana.

Sudi-sudilah tinggalkan komen anda di bawah.

Saturday, January 24, 2009

Cara Membuang Link 'Subscribe to: Post (Atom)


Butang 'Subscribe to: Post Atom' atau dalam Bahasa Melayu 'Langgan: Catatan(Atom)' merupakan butang link untuk ke 'feed' anda yang biasanya 'RSS Feed' atau 'ATOM Feed'. RSS dan ATOM adalah contoh 'FeedBurner'. 'Feed' anda adalah catatan atau 'post' yang telah anda 'post'kan dalam blog anda. Fungsi FeedBurner pula adalah sebagai medium yang menyimpan salinan 'post-post' anda di laman mereka sendiri. Kegunaannya adalah agar pengguna internet boleh melanggan catatan anda, yakni, setiap kali anda membuat catatan baru, feed anda itu akan disalin oleh FeedBurner dan akan dihantar kepada pelanggan(Subscriber) sama ada melalui e-mel, atau mengikut kaedah langganan yang dibuat.

Selalunya,butang 'Subscribe to: Post(Atom)' ini hanya berguna kepada mereka yang aktif membuat catatan atau mereka yang ingin mendapat pelanggan tetap. Bagi yang jarang mengemaskini blog pula, butang ini hanya menyemak dan ingin membuangnya. Terdapat pula sesetengah blogger yang ingin meletakkan butang unik tersendiri selain dari butang ini.

Cara-cara untuk membuang butang ini adalah seperti berikut:

- Mula-mula, masuk ke bahagian 'layout'- 'edit html' dan klik 'Expand Widget Templates'.

- 'Save'kan template asal anda dahulu dengan menekan butang 'Download Full Template'.

- Cari kod seperti di bawah:
-----------------------------------------
<b:includable id='feedLinks'>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'> <!-- Blog feed links -->
<b:if cond='data:feedLinks'>
<div class='blog-feeds'>
<b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>
</div>
</b:if>

-----------------------------------------

- Dah jumpa! Seterusnya, padamkan kod:

<b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>

Lepas tu, 'save'kan. Ini akan membuangkan link tersebut.

Thursday, January 22, 2009

Cara-cara Membuang Link: Newer Post, Home, Older Post


Terdapat segelintir blogger yang tidak suka link sedia ada dalam template blogger dan ingin membuangnya. Bagi menghapuskan link 'Newer Post, Home, Older Post' atau dalam bahasa Melayu nya 'Catatan Baru, Halam utama, Catatan Lama', anda hanya perlu menampalkan beberapa kod tambahan pada konfigurasi html anda.

Untuk berbuat demikian, pergi ke 'Layout', 'Edit Html', dan klik 'Expand Widget Templates'. Setelah itu, cari kod-kod html seperti di bawah:


........................................
#blog-pager-newer-link {
float: left;
}

#blog-pager-older-link {
float: right;
}

#blog-pager {
text-align: center;
}
........................................



Tambahkan kod


...............
display: none;
...............


di bawah ketiga-tiga kod yang di'bold'.

Hasilnya adalah seperti di bawah:


..............................................
#blog-pager-newer-link {
float: left;
display: none;
}

#blog-pager-older-link {
float: right;
display: none;
}

#blog-pager {
text-align: center;
display: none;
}
...........................................


Maka, 'Save'kan dan habis cerita. Cuba klik 'view blog' dan anda boleh lihat sendiri hasilnya. Namun, jika anda tidak ingin membuangnya tetapi hanya ingin mengubahnya, ikuti post saya yang seterusnya..

Tuesday, January 13, 2009

Definisi Istilah Tertentu

Keyword Kata kunci yang mewakili blog atau laman web. Contoh 'keyword' untuk blog ini adalah cara-cara buat blog, blog tips and tricks, blog guides, panduan blog, dan sebagainya. Kepentingan 'keyword' - Melambangkan apa isi kandungan blog anda secara keseluruhan; Mempengaruhi bilangan pelawat yang akan datang ke blog anda, 'keyword' yang terkenal selalumya lebih mudah untuk mendapat pelawat; Digunakan oleh enjin carian untuk memaparkan blog pada keputusan carian yang berkaitan dengan kata kunci anda.

Traffic Pelawat-pelawat atau pengguna-pengguna internet.

Meta Element Kod yang diletakkan di laman web untuk mewakili laman web tersebut pada enjin carian

Search Engine Program yang menyimpan data-data dari laman-laman web di seluruh dunia atau satu kawasan tertentu. Ia berfungsi untuk memudahkan pencarian data atau pencarian laman web yang terdapat dalam simpanannya. Contoh enjin carian yang terkenal ialah Google yang menyimpan data-data laman web dari seluruh pelusuk dunia dalam hampir semua bahasa.

Back Link Secara asas, 'Back link' adalah URL sesuatu laman web yang terdapat pada laman web yang lain, atau laman lain yang menuju ke laman yang lain. Contoh, jika nama laman anda ialah www.abc.com dan di laman xyz.com ada memaparkan laman anda, maka laman anda mempunyai 'back link' di laman xyz.com. Back link amat penting untuk tujuan 'ranking' di search engine, semakin banyak 'back link' anda, semakin tinggi posisi laman anda bila ditunjukkan pada keputusan enjin carian. Ini juga bergantung kepada kualiti laman web letaknya 'back link' anda itu.

Ranking Kedudukan atau pangkat sesuatu laman pada pandangan enjin carian di kalangan laman-laman lain yang mempunyai 'keyword' yang serupa. Ranking selalunya bergantung pada dua perkara - jumlah + kualiti 'back link', dan 'content' laman tersebut.

Content Isi-isi yang terkandung dalam sesuatu laman web. Ia boleh berupa perkataan, artikel, gambar, musik, video dan lain-lain. Sesetengah pakar internet berpendapat 'Content is king', yang bermaksud, 'ranking' sesuatu laman web lebih banyak bergantung pada kekuatan isi-isinya.

SEO - Search Engine Optimization Mengoptimumkan enjin carian; Ini bermaksud mengoptimumkan sesuatu laman selari dengan kehendak enjin carian atau membina laman yang sangat bagus sekali dari segala aspek-aspek yang digunakan oleh enjin carian untuk mengukur tahap laman tersebut.

Browser Program yang digunakan untuk mengakses laman web. Contoh browser - Internet Explorer, Firefox dan sebagainya.

Spam Menyalahgunakan kemudahan yang terdapat di internet untuk tujuan tertentu dengan berulang-ulang kali atau dengan kandungan yang langsung tidak memanfaatkan orang lain.

Friday, January 9, 2009

Kod-kod Html Asas Untuk Blog Anda

Untuk panduan blogger-blogger baru, berikut adalah senarai-senarai kod html asas yang boleh anda gunakan untuk mengolah blog anda:


<br>   - Langkah sebaris atau 'Enter'.


&nbsp;   - Langkah huruf atau 'Space'.


<a style="font-size: 140%"> Huruf di sini</a>   
- Untuk mengubah saiz huruf mengikut peratus(%).


<font size="5" face="arial" color="#f45000">Test</font>

Kod untuk menukar saiz, jenis dan warna huruf.


<a href="www.url-anda.com">Nama Url</a>   
-Kod untuk membuat link url disebalik sesuatu perkataan.


<p align="center">Ayat di sini</p>


- Kod untuk meletakkan perkataan di tengah-tengah.


<a href="Url" target="_blank"><img border="0" alt="Nama Url" src="Url gambar"></a>

- Kod untuk meletakkan gambar beserta nama gambar(pop up) dan link Url. Bahagian target - membuka url dalam window baru; border - garis luar gambar(0 untuk tiada); dan alt - Perkataan di sini muncul apabila mouse berada di atas gambar.


<span style="color:#000099;">Contoh</span>
Kod untuk menukar warna huruf, letakkan kod warna pada bahagian #123456


<b style="color:black;background-color:#bbffff">Huruf di sini</b>

Kod untuk menukar warna latar belakang huruf(highlight). Tukar #bbfff untuk menukar warna.



<u>Contoh</u>

Kod untuk menggariskan huruf.

Thursday, January 8, 2009

Cara-cara Untuk Membina Blog

Berikut adalah cara-cara untuk membina blog dengan menggunakan Blogger.

Saya mengutamakan penggunaan Blogger kerana pembinaan blog dengannya tidak terhad malah anda boleh meletakkan hampir apa saja yang anda suka ke atas blog anda. Tidak kisahlah gambar, music, video malah menjadikan blog anda sebagai suatu medium pengiklanan yang mendatangkan pendapatan kepada anda.

1 Buka web browser anda dan pergi ke www.blogger.com.


2 Anda mestilah mempunyai email untuk membuka akaun blog di Blogger, jika anda mempunyai akaun email 'gmail' atau google mail, anda boleh terus menggunakannya untuk sign in ke blogger. Namun, jika anda menggunakan email dari provider lain. Klik 'Create A Blog' untuk mendaftar akaun baru. Pada borang yang keluar selepas itu, isikan maklumat email sedia ada anda serta maklumat-maklumat lain dan klik 'Continue'. Jika anda tidak anda email, anda boleh mendaftar satu di www.gmail.com.


3 Dalam page seterusnya, anda sudah boleh mula membina blog anda dengan mengenalpasti nama blog dan alamat url blog yang diinginkan. Jika anda blogger baru, saya cadangkan anda mula dengan sesuatu yang anda tahu, seperti blog diri anda sendiri, hobi anda atau lain-lain. Klik continue sesudah menetapkan maklumat tersebut.


4 Langkah seterusnya akan membawa anda ke pilihan template. Template adalah latar belakang kepada blog yang akan anda bina. Pilih template yang anda suka, dan klik continue. Anda juga boleh menukar template kemudian jika anda ingin mencuba template yang lain.


5 Dengan hanya 4 langkah tadi, blog anda sudah pun siap dan sedia untuk di masukkan isi (content). Klik pada Start Blogging untuk ke laman seterusnya. Bahagian ini adalah lokasi dimana anda dapat mengolah atau mengubah suai blog anda. Perhatikan butang-butang ini:

- Posting : Bahagian ini memaparkan alat-alat atau tool yang akan anda gunakan untuk mengolah post anda. (Post adalah isi-isi atau cerita anda) Di sini, anda boleh membuat post baru, atau mengubah post yang sedia ada di samping mengolah komen-komen daripada visitor anda. Oleh kerana blog anda masih baru, maka anda tidak mempunyai sebarang komen.

- Setting : Bahagian ini memaparkan setting-setting asas blog anda seperti nama dan alamat blog yang anda tetapkan tadi, format-format post, bahasa dan lain-lain. Anda boleh meneroka fungsi-fungsi yang terdapat pada bahagian ini dan apa kegunaannya. Saya galakkan anda menerokanya setelah membuat beberapa post setelah anda membiasakan diri dengan isi-isi muka depan blog.

- Layout : Ini adalah bahagian di mana anda boleh mengolah atau mengubah suai keseluruhan rupa blog anda. Perhatikan pada bahagian Page Elements, rupa bentuk blog anda dibahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu iaitu Navbar, Header, Blog Posts, Gadget Side Bar dan Gadget Footer. Tajuk yang anda isi tadi akan ditunjuk pada bahagian Header, dan Posts akan diletakkan pada bahagian Blog Posts, dan bahagian Side Bar dan Footer terserahlah kepada anda untuk mengolahnya sebagai mana yang anda suka. Add Gadget adalah tool yang boleh anda gunakan untuk memenuhi bahagian-bahagian itu. Seterusnya klik bahagian Fonts and Colors, tool di sini membolehkan anda mengubah warna-warna blog anda selain mengubah huruf yang anda gunakan. Jika tak faham maksud ayat disini, cuba cari dalam kamus English-Malay online. Bahagian Edit Template pula adalah bahagian untuk mengubah sesuatu ciri blog anda secara manual dengan html coding. Biasakan dengan bahagian lain sebelum anda meneroka bahagian ini. Untuk mengubah template pula, anda boleh membuatnya pada bahagian Pick New Template.


Setelah mengetahui sedikit sebanyak fungsi-fungsi tool Blogger, kembali semula pada bahagian Posting - Create untuk membuat posting anda yang pertama. Tulislah apa sahaja yang anda suka dan ingat, posts adalah sebagai bahan yang anda sediakan untuk visitor-visitor anda, jadi posting seharusnya menarik dan padat dengan isi, jika anda tiada idea masa ini, cuba copy and paste bahan dari tempat lain untuk membiasakan diri anda dahulu. Klik Publish Post setelah siap dan klik View Blog untuk melihat blog yang telah anda bina. Pada mulanya, anda mungkin akan rasa blog anda tidak menarik kerana - colour tak matching, nampak kosong, tajuk kecik sangat dan sebagainya. Tiada manusia yang baru lahir dan terus pandai, anda mestilah mengubah blog anda dari semasa untuk nampak lebih padat dan cantik. Teruskan mencari dan menulis bahan-bahan yang menarik untuk blog anda. Practise makes perfect. Teruskan meneroka semua tool-tool yang terdapat di Blogger.