Wednesday, February 11, 2009

Blog Anda Lagging? Lambat Loading?

Dalam banyak-banyak tutorial, turorial ni lah paling menarik. Kenapa tidak, masalah ini adalah satu masalah yang banyak menimpa bloggers di mana ada blog yang loading sampai 15 saat pun tak habis lagi. Saya kalau jumpa blog macam ni, tentu saya skip, malas nak tunggu. Kalau dah pakai 1Mbps pun ambik lebih dari 15 saat, tak tahulah kalau yang guna 512kbps atau 384kbps. Baik anda jadikan blog anda sebagai penyimpan post sahaja, lepas tu untuk orang baca, anda letakkan post anda kat blog-blog lain, post kat buletin Friendster, Facebook etc. Semata-mata nak blog kelihatan menarik dan penuh dengan isi, janganlah sampai nak bukak blog tu macam tunggu buah durian jatuh.

Adakah blog anda terdiri daripada blog yang saya katakan di atas, lagging, lambat, dan sebagainya. Kalau anda guna internet connection power, sekali sekala cuba guna connection yg lambat untuk tengok samada ada blog anda ni dah over loading atau tidak. Kalau blog anda terletak dalam ketegori itu, saya ada satu-satunya tips untuk meringankan semula blog anda. Kalau anda ikuti tips ini betul-betul, masa loading tak sampai satu saat pun. Bila dah macam tu, barulah semangat sikit pelawat nak datang berziarah kat blog anda tu.

Sekarang, untuk tips nya, sebelum tu, tarik nafas panjang-panjang dulu untuk lebih konsentrasi dan pengamatan. Apa yang anda perlu buat senang je. Untuk membuat masa loading blog anda sekejap atau ringan, mula-mula pergilah ke bahagian Layout - Page elements. Dah? Kat situ anda boleh lihat banyak gadget-gadget yang dipamerkan di blog anda. Apa yang perlu anda buat - BUANG semua gadget-gadget di situ kerana gadget-gadget itulah yang membuat blog anda berat. Kalau dah buang, dan post-post anda cuma terdiri dari teks, pasti blog anda jadi ringan, seolah-olah blog itu baru dibuat. Tapi untuk lebih keberkesanan, padamkan semua post-post anda juga dan blog anda gerenti akan berada di tangga teratas untuk blog terpantas loading. Pendek kata, cara ni lebih kurang memformat blog anda dan memulakan blog anda dari baru. Anda boleh buat cara ni, jika anda TAK sayangkan blog tu. Namun, sebenarnya saya bergurau jer, takkanlah nak padam blog yang dah berbulan atau bertahun dipelihara, kan?

Memang ada cara nak buat blog loading laju, tetapi, cara ini hanya berkesan dengan 3 teknik:

1. Suruh pelawat anda gunakan connection yang lebih laju.

2. Suruh pelawat anda upgrade PC atau laptop, atau

3. Yg paling berkesan - kurangkan 'non-text content' dalam blog anda.

KURANGKAN 'NONTEXT CONTENT'
Apa yang saya maksudkan dengan 'nontext' ni adalah content-content yang berupa video, gambar, program atau widget-widget yang anda letakkan untuk membuat blog anda nampak penuh atau lebih menarik.

Untuk video, kalau boleh jangan letakkan lebih daripada 3 dalam satu page.

Gambar pula, jangan letakkan yang besar-besar, kalau pelawat nak lihat yang besar, biarlah gambar tu 'clickable' untuk melihatnya dengan saiz sebenar.

Untuk widget pula, pastikan anda tak letakkan terlalu banyak, kerana widget ni boleh ambik download time yang lebih banyak dari keseluruhan content anda. Contoh-contoh widget yang berat adalah seperti Feedjit, Shout @ Chat box, program-program yang menggunakan javascript seperti advertisement, music player, visitor counter, dan lain-lain widget seperti 'Mybloglog Recent Visitor', calendar atau jam. Dalam banyak-banyak widget yang pernah saya guna - Feedjit, chat box, dan Mybloglog merupakan widget terberat. Kalau anda nak lajukan loading blog anda, jangan gunakan widget-widget ini, namun kalau nak guna jugak, letakkan satu sahaja dan jangan digunakan secara berlebih-lebihan. Memanglah blog akan nampak crowded dan menarik, namun kalau menyakitkan hati pelawat untuk aper.

Satu lagi yang anda boleh buat adalah dengan mengurangkan post yang ditunjukkan pada main page. Kalau anda tak pernah ubah, biasanya main page akan mempamerkan 7 post, mungkin anda boleh kurangkan kepada 5 atau 3. Untuk mengurangkan bilangan post yang ditunjukkan di main page, anda boleh melakukannya di 'Settings' - 'Formatting'. Kalau anda jenis yang suka buat post panjang2, ini amat digalakkan supaya main page anda tak terlalu panjang.

Maka dengan ini, sekian sahaja tutorial kali ini, dan untuk kesimpulan, anda boleh mempercepatkan masa loading blog dengan:

1. Membuang semua widget atau post, atau

2. Mengurangkan 'nontext content' berupa gambar, video atau program, atau

3. Membuang beberapa widget di blog anda yang terbukti melambatkan, atau

4. Mengurangkan bilangan post yang dipamerkan di Muka Utama.

3 comments:

Anonymous said...

Salam tuan tanah..

hehehe..malu nk tanya.

Bab2 blog ni tau tulis aje..

nk tanya :

Kalau ada pelawat komen, kat mana nk ejust kasi kita tapis dulu.. kalau yang sesuai, blogger akan pamirkan..yang tak sesuai.. di buang.

Wassalam...

-- Nanti jawab ek.. Jadi Anon kejap :D

Fairuz Ashikin said...

Kalau Youtube yang besar gedabak, buh pulak banyak2. Lagilah lambat loading. Boleh tersangkut kat page tu je nanti.

OoOoOo..

Kalau dalam page ade banyak post pun jadi berat jugak..

Baru tau, thanx..

Ejaylicious said...

Bro..thanks for the info.